Kelas Asas ICT (Masa Depan Komputer)

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 15 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Masa Depan Komputer’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta masa depan serta perkembangan teknologi komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu komputer, beberapa jenis komputer yang terdapat pada masa kini seperti komputer mudah alih (mobile computer or portable), komputer peribadi atau persendirian (personal computer), konsol permainan atau alat permainan (game consoles), mainframes, supercomputer dan servers. Peserta turut dijelaskan mengenai pengguna yang menjadi target untuk komputer seperti pengguna di rumah, di ofis dan untuk di bawa pergi melakukan kerja di luar ofis. Selain itu, peserta diterangkan mengenai perkembangan teknologi microprocessor dari awal penghasilan hingga kini. Terdapat sesi soal jawab pada akhir kelas.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali